Friday 30 June 2017

Lontong Goreng from Leftover Nasi Impit Recipe

Assalamualaikum and hi!
Hows your raya going? Banyok dapat duit raya tak? Iols alhamdulillah masih dapat sebab belum kerja. hihi. Kepada yang bekerja, selamat bekerja kembali. Kepada yang still bercuti, enjoy la sepuas2nya cuti tu. And kepada yang takde kerja lg mcm iols ni, selamat mereput kt rumah kembali. 😂
So, raya haritu I buat open house. Dalam family I and kawan2 I semua tahu dah kalau raya Aidilfitri, rumah I hanya open on 1st Syawal je. Kenapa? Sebab memang dari dulu, dari I kecik2 lg dah buat mcm tu. Open house 1st Syawal jer. Hari lain turn kitorg pulak beraya sakan rumah orang lain. Hehe.

Gambar kejadian malam raya. Adik2 main bunga api and I sempat snap. Hihi
Open house run smoothly walaupun terkocoh2 sikit sebab semua masak sendiri and hidang sendiri. Pagi2 raya baru nak hidang and bancuh air semua. Makanan alhamdulillah habis licin kecuali Nasi Impit. Ha kalau ada nasi impit lebih, and tak tahu nak makan dengan apa, or bosan makan nasi impit dengan rendang ape semua, boleh la try buat Lontong Goreng. Sodap baq ang! Hihi
Meh I share resipi bagi yang tak tahu. Senang sangat buat. Lebih kurang macam nak masak bihun goreng aje. And resipi ni ikot selera tekak I. hehe

Resipi Lontong Goreng Sedap Baq Hang

- 1 Mangkuk Nasi Impit dipotong dadu (Jgn potong tebal sgt)
- 3-4 Senduk Cili kisar**  (Agak2 cukup ikut banyak nasi impit) 
- 1 Pek kecil Fishcakes & Fishball (Kalau tak suka tak payah)
- Ayam/daging kisar
- 3 biji bawang merah**
- 2 ulas bawang putih**
- 1 biji bawang besar (dimayang/ potong dadu)
- 1/2 inci halia**
- 3 sudu besar Sos tiram
- 2 sudu besar Sos Cili
- 2 sudu besar Sos tomato
- 3 sudu besar Kicap
- 2-4 biji Telur
- Gula & Garam secukupnya
- 1 Mangkuk kecil Kubis (optional)
- Air asam jawa
- Daun sup & daun bawang (asingkan batang dan daun)
- Cili merah (hiasan)
- Bawang Goreng
- Minyak secukupnya

Cara-caranya:
1) Blend semua yang bertanda **
2) Panaskan minyak dan tumis Bawang Besar yang telah dipotong dadu/dimayang halus. Bila dah wangi boleh masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak.
3) Masukkan Air Asam Jawa, Gula dan Garam scukupnya. Masukkan Sos Tiram, Sos Cili, Sos Tomato, Kicap dan kacau sebati.
4) Masukkan Ayam/Daging Kisar, Kubis, Fishcake, Fishball, dan Batang daun sup. Kacau sebati. Kalau rasa terlalu kering, tambah sedikit air sahaja.
5) Masukkan Nasi Impit gaul rata. Kemudian masukkan telur. Kacau sentiasa dan kalau boleh masak sampai betul2 kering. Boleh masukkan bawang goreng sekali atau letak bawang goreng sebagai hiasan ketika sudah siap masak.
6) Taburkan daun sup dan bawang goreng diatas. Siap!




Ha, Senang je kan? Sama je macam nak masak bihun goreng tapi bezanya guna nasi impit. Sedap sgt tau! Kalau yang tak pernah makan tu, boleh la try kot2 la ada lebihan nasi impit kt rumah tu. Supaya tak membazir nasi impit tu nanti. Okay lah, cukup takat tu dulu. See u on my next entry. Selamat Hari Raya semua! Maaf zahir batin. 😉

Thursday 15 June 2017

Kerja Di Syarikat Scammer?? Hati-hati!


Assalamualaikum and salam ramadhan semua.

Tengok title pun rasanya dah faham kot entry ni adalah serious. Fyi, sy baru habis belajar and currently doing nothing at home while waiting for my convocation which will be in this year tapi tak tahu bila. So, sementara nak menunggu convo yang tak kunjung tiba tu, ingatkan nak cari kerja la kan. At least takde la mengulor je kat rumah ni ha and dapat jugak experience kan. Macam-macam kerja I apply and tiba2 ter-apply kat satu company ni.
Mula2 tak syak apa2 pun. Lepas tu apply jela. And then tiba2 dapat email mcm ni,

Ini email dari pihak Cik Bella tu yang berbunyi cmni:
"Thank you because you are interested to join our company...... and with my pleasure please contact me by whatsApp at this no Ms Bella 01296xxxxx and i will feedback to you as soon as possible to set an interview appoinment..... Tq"

Bila dapat je email ni terus rasa pelik. Sebab,
1) Cara dia tulis tu tak nampak mcm professional langsung.
2) Tak pernah mana-mana company suruh candidate yang WHATSAPP untuk interview or apa. Selalunya company kecik sekalipun diorang yang akan call kita. Sebab nombor handfon ape semua dah include dalam resume kan.

Dan seterusnya, I pun whatsapp la Cik Bella tu. Dan berikut adalah conversation kami dalam whatsapp tu (Ignore my broken English. lol);




Shes definitely pissed off and she blocked me after that. hahahah. Memang I agak mcm kurang ajar sikit but seriously, I rasa geram dengan orang kerja menipu macam ni. I am very sure ramai yang terpedaya and tertipu. Best ke eh kerja menipu ni? Berkat ke rezeki menipu bagi family makan? Sumpah tak faham. And serious guys, Royal Index tu company macam pelaburan. Iols pn tak faham sangat mcm mana company tu sebenarnya. Tapi iols dengan rajinnya google "Royal Index Scam" dan jumpa lah post yang ni. Btw, Royal Index tu mcm sama dengan Pbc Sdn Bhd or Pentagon Business Centre. Sila baca dan hadam betul2.

Yang ni yang first;




Yang ni yang second, orang lain pulak;





Scary kot. Company2 scam ni banyak je dekat web cari kerja semua tu. Target company2 mcm ni adalah FRESH GRAD sbb budak2 fresh macam ni terdesak cari kerja and sebab nak cari pengalaman kerja. Dan Fresh Grad sekalian JANGAN TERMAKAN HASUTAN GAJI TINGGI sebab biasanya company2 scam ni dorg akan letak gaji tinggi2 sebab nak tarik candidates jer. So kalau tengok gaji tinggi2 tapi tak memerlukan pengalaman kerja tu, better check dulu background company. Copy je nama company tu and paste je kt Google Search. Lepas tu cari adress dia, official website dia ke ape yang patut.

So sebagai pengajaran untuk diri sendiri dan semua umat manusia yang sedang dan akan mencari pekerjaan, WAJIB GOOGLE BACKGROUND COMPANY BEFORE APPLY FOR ANY JOB!

Cukup la untuk entry kali ni. Kalau ada siapa2 pernah terkena boleh share pengalaman untuk dijadikan iktibar ye anak2. Da nak berbuka dah ni, see you on next entry. Bye Assalamualaikum. Selamat berbuka puasa! 😋

Tuesday 13 June 2017

Braces Story-mory #3 (Progress)

Assalamualikum and hi! Harapnya semua sihat2 belaka dibulan romadon ni. So, we are half way through fasting month and dah boleh start countdown for raya dah ni. hehe. Baju raya dah beli? Kuih raya dah siap? Mcm iols baju raya smpai lani tak siap2 lagi. Padahal hantar tempah bulan Januari. Tak tahu pesen ape jahit lama benor berbulan2. Jangan nnt time raya baju tak siap sudah. Sobs :'(

Okay, sebelum tu, siapa yang nak tahu Q&A about braces mcm harga & klinik mana all that boleh tengok Braces Story-mory #2 So for this entry, kite nk cerita pasal progress gigi lepas 6 bulan braces ni as stated in Braces Story-mory #2. But before that, meh kite kaji parts of braces and its function.


Gambor ambil kt google aje sbb iols malas bonar nk menaip. ehhehe. Jadi la tu ade jugak daripada takde kan. Kalau type panjang2 pun bukan korang baca pun. heheh. Kalau nk lebih faham, google aje ye anak2. Semua dihujung jari. Giteww. Hihi

So inilah saat yang ditunggu2. Gambo progress gigi iols. As for me, den tak ambil gambar gigi every months sbb takkan nampak beza sgt pun. So Iols akan selang sebulan. And lepas tu baru compare gambar tengok apa perubahan gigi iols.

AMARAN: Siapa geli jangan tengok gambar ni.
Warning siap2 sebab ada setengah orang tak boleh tengok gambar gigi sebab rasa nak muntah la ape la. Ya, its gross I know.

Front view

Upper

Bottom

My teeth was over-crowded and itu yang menyebabkan gigi berlapis sebab tak cukup ruang. And untuk bagi ruang gigi bergerak, 7 batang gigi telah dikorbankan and that was the result until june 2017.

Masih xperfect lagi walaupun dah masuk 6 bulan pakai braces ni (Start pakai braces on Januari 2017). Tapi iols dah nampak gigi makin straight and to be honest, I am more confident to smile wide. Yelah sebelum ni gigi teraboq nak senyum pun malu sebab org tengok gigi. Thanks to my dentist Dr Siti Maisarah! And lg satu, dulu plaque / karang gigi selalu berkumpul kat celah gigi berlapis tu. kalau tengok gambar yg gigi bottom tu bulan Feb, nampak jelas plaque tu. Tapi sekarang sudah tiada lagi sebab gosok gigi dah makin senang sebab dah straight sikit. Yeayyy!

Kalau orang tanya aku kenapa pakai braces, I have 3 reasons for it:
1) Oral health.
Yelah gigi berlapis ni macam2 'disease' boleh muncul contohnya caries gigi and plaque tu. And gosok gigi pun susah sebab lapis2.

2) Confidence.
Secara jujurnya, aku jadi tak confident sebab gigi berterabur 😭. Nak bercakap and senyum depan ramai orang pun jadi segan. And lagi satu sebab utama adalah kawan2 suka bergurau pasal gigi terabur aku. :')  Dear kawan2, if you're reading this, I want you to know that making fun of my crooked teeth is not fun at all. Korang lah punca aku tak confident selama ni. Terima kasih kawan2 :')

3) Beauty.
Kecantikan n wanita takkan boleh dipisahkan. Yes, aku pun nak senyum cantik macam orang lain. And aku suka berangan nak gigi straight masa kahwin. Sebab kan selalu org kawin ada photoshoot semua tu. Aku nak gambar tu nanti cantik sebab aku nak senyum nampak gigi. Sebelum ni kalau bergambor tak pernah tunjuk gigi sebab tak lawo. Hihi 😝

So, thats it! Lepasni insyallah akan update progress lagi untuk bulan2 akan datang. Cukup la tu kot untuk entry kali ni. Insyallah ketemu lagi di enrty akan datang kalau iols rajin nk type. hehehe. Byeee. Assalamualaikum. Selamat berbuka puasa nanti! 😃

Lontong Goreng from Leftover Nasi Impit Recipe

Assalamualaikum and hi! Hows your raya going? Banyok dapat duit raya tak? Iols alhamdulillah masih dapat sebab belum kerja. hihi. Kepada ya...