Showing posts with label Real Braces. Show all posts
Showing posts with label Real Braces. Show all posts

Tuesday, 13 June 2017

Braces Story-mory #3 (Progress)

Assalamualikum and hi! Harapnya semua sihat2 belaka dibulan romadon ni. So, we are half way through fasting month and dah boleh start countdown for raya dah ni. hehe. Baju raya dah beli? Kuih raya dah siap? Mcm iols baju raya smpai lani tak siap2 lagi. Padahal hantar tempah bulan Januari. Tak tahu pesen ape jahit lama benor berbulan2. Jangan nnt time raya baju tak siap sudah. Sobs :'(

Okay, sebelum tu, siapa yang nak tahu Q&A about braces mcm harga & klinik mana all that boleh tengok Braces Story-mory #2 So for this entry, kite nk cerita pasal progress gigi lepas 6 bulan braces ni as stated in Braces Story-mory #2. But before that, meh kite kaji parts of braces and its function.


Gambor ambil kt google aje sbb iols malas bonar nk menaip. ehhehe. Jadi la tu ade jugak daripada takde kan. Kalau type panjang2 pun bukan korang baca pun. heheh. Kalau nk lebih faham, google aje ye anak2. Semua dihujung jari. Giteww. Hihi

So inilah saat yang ditunggu2. Gambo progress gigi iols. As for me, den tak ambil gambar gigi every months sbb takkan nampak beza sgt pun. So Iols akan selang sebulan. And lepas tu baru compare gambar tengok apa perubahan gigi iols.

AMARAN: Siapa geli jangan tengok gambar ni.
Warning siap2 sebab ada setengah orang tak boleh tengok gambar gigi sebab rasa nak muntah la ape la. Ya, its gross I know.

Front view

Upper

Bottom

My teeth was over-crowded and itu yang menyebabkan gigi berlapis sebab tak cukup ruang. And untuk bagi ruang gigi bergerak, 7 batang gigi telah dikorbankan and that was the result until june 2017.

Masih xperfect lagi walaupun dah masuk 6 bulan pakai braces ni (Start pakai braces on Januari 2017). Tapi iols dah nampak gigi makin straight and to be honest, I am more confident to smile wide. Yelah sebelum ni gigi teraboq nak senyum pun malu sebab org tengok gigi. Thanks to my dentist Dr Siti Maisarah! And lg satu, dulu plaque / karang gigi selalu berkumpul kat celah gigi berlapis tu. kalau tengok gambar yg gigi bottom tu bulan Feb, nampak jelas plaque tu. Tapi sekarang sudah tiada lagi sebab gosok gigi dah makin senang sebab dah straight sikit. Yeayyy!

Kalau orang tanya aku kenapa pakai braces, I have 3 reasons for it:
1) Oral health.
Yelah gigi berlapis ni macam2 'disease' boleh muncul contohnya caries gigi and plaque tu. And gosok gigi pun susah sebab lapis2.

2) Confidence.
Secara jujurnya, aku jadi tak confident sebab gigi berterabur 😭. Nak bercakap and senyum depan ramai orang pun jadi segan. And lagi satu sebab utama adalah kawan2 suka bergurau pasal gigi terabur aku. :')  Dear kawan2, if you're reading this, I want you to know that making fun of my crooked teeth is not fun at all. Korang lah punca aku tak confident selama ni. Terima kasih kawan2 :')

3) Beauty.
Kecantikan n wanita takkan boleh dipisahkan. Yes, aku pun nak senyum cantik macam orang lain. And aku suka berangan nak gigi straight masa kahwin. Sebab kan selalu org kawin ada photoshoot semua tu. Aku nak gambar tu nanti cantik sebab aku nak senyum nampak gigi. Sebelum ni kalau bergambor tak pernah tunjuk gigi sebab tak lawo. Hihi 😝

So, thats it! Lepasni insyallah akan update progress lagi untuk bulan2 akan datang. Cukup la tu kot untuk entry kali ni. Insyallah ketemu lagi di enrty akan datang kalau iols rajin nk type. hehehe. Byeee. Assalamualaikum. Selamat berbuka puasa nanti! 😃

Saturday, 20 May 2017

Braces Story-mory #1


Assalamualaikum and hi...

So as I mentioned in previous post, blog entry kali ni nak cerita pasal braces. Actually pasal braces journey aku. heheh.
Tapi memandangkan ramai lagi yang tak tahu "macam mana nak pakai braces?" "Kat mana buat braces?" "Mahal tak?" "Sakit ke tak?" So aku rasa patut aku bukak cerita pasal braces ni.
 So marilah mentela'ah jawapannya disini:

1)  "Macam mana nak pakai Braces?" & "Kat mana buat braces?"
Pegi Klinik Pergigian.
Macam aku, aku pegi buat braces kt UITM Sungai Buloh. (Nanti aku cite panjang cemana nk buat braces kt situ, and segala mak nenek yang korang kena tahu.)
Aku TAK suggest korang pegi dekat "Dentist" Instagram or "Dentist" online ni.
Sebab apa? Diorang BUKAN PAKAR ORTHODONTIC.
Kalau aku nk explain pn payah jugak sbb aku pun bukan dentist. Tapi baca la bawah ni ape sebabnya


      HA! Paham ke tidak? So bukan calang2 orang yang boleh pasang braces ni. Banyak risiko tau kalau pasang braces dengan orang yang tak bertauliah ni. Tak kesah la nama dia "Original braces" ke, "Real Braces" ke, kalau orang tu buat kt hotel, or rumah tu, memang "Dentist" yang tak bertauliah la tu. 

2) "Mahal tak kos buat Braces?"
Hmm soalan ni yang paling famous kot. Takde benda yang murah dalam ni dunia ni diknon. Masuk jamban kt chowkit pn kena bayo. ok takde kena mengena, hehe. Pendapat aku la, ini yang jadi salah satu punca kenapa ramai sangat budak2 sekarang pilih "Dentist Online" & "Dentist Insta".
 
 Sejujurnya, aku pun pernah terlintas nk pakai braces dengan "Dentist Online" & "Dentist Insta" ni. Tapi nasib baik banyak buat research (google + Youtube) sebelum bertindak. Mana tak nya, Setiap klinik Destist yang aku tanya, harga braces paling cikai pun (setakat yang aku jumpa la) RM3000 tu pun tak termasuk surgery (jika perlu) and x-ray. Lagi pulak, gigi aku ni jenis terabur and berlapis. Harga kena tambah untuk cabut gigi lagi. Sebatang gigi dah brapa puluh ringgit. Fuhh. Berpeluh jugak dengar dentist sebut pasal harga tu masa mula2 dulu.

Lama jugak aku pikir pasal ni (berbulan2). Kalau pakai kt dentist, bapak ah mahal. Kalau pakai ngn "Dentist Online" & "Dentist Insta" ni murah, Tapi tak sanggup tanggung risiko gigi lagi jahanam. Setelah beristikharah(menipu sangat) dan berbincang dengan kedua orang tuaku yang dicintai sampai mati, aku pilih buat braces dengan Dentist yang bertauliah which is aku buat kt UITM. Pasal buat braces kt situ nanti aku kabo lain kt entry lain okeh?

3) "Sakit tak pakai Braces?"
Kalau aku cakap tak sakit kang kome cakap aku tipu. hehe. Sebab aku kena cabut 7 batang gigi (YESS TUJUH BATANG), termasuk 2 batang gigi geraham bongsu aka wisdom tooth, termasuk 1 batang gigi kecik yang kena minor surgery sebab beliau terletak di dalam gusi. So aku rasa, banyak sakit sebab ade yang berjahit. hheheh. Tapi pakai braces takde la sakit sangat macam kes cabut gigi aku ni. Xnak caye sudah. hehe. Pasal sakit ni nanti akan disambung kt entry lain okay? Cramp jari menaip. Maklum la dah bertahun dah tak main type2 kt blog ni. hehehe.
So, tu jela kot utk entry kali ni. See you on my next entry! nanti kite cite panjaaaaaaaaaang lagi.
Bye! :)

P/S: Kalau ada soalan apa2 pasal braces, tanye jela. Kalau kite tahu, kite jawab. hiihi

Lontong Goreng from Leftover Nasi Impit Recipe

Assalamualaikum and hi! Hows your raya going? Banyok dapat duit raya tak? Iols alhamdulillah masih dapat sebab belum kerja. hihi. Kepada ya...