Friday, 30 June 2017

Lontong Goreng from Leftover Nasi Impit Recipe

Assalamualaikum and hi!
Hows your raya going? Banyok dapat duit raya tak? Iols alhamdulillah masih dapat sebab belum kerja. hihi. Kepada yang bekerja, selamat bekerja kembali. Kepada yang still bercuti, enjoy la sepuas2nya cuti tu. And kepada yang takde kerja lg mcm iols ni, selamat mereput kt rumah kembali. 😂
So, raya haritu I buat open house. Dalam family I and kawan2 I semua tahu dah kalau raya Aidilfitri, rumah I hanya open on 1st Syawal je. Kenapa? Sebab memang dari dulu, dari I kecik2 lg dah buat mcm tu. Open house 1st Syawal jer. Hari lain turn kitorg pulak beraya sakan rumah orang lain. Hehe.

Gambar kejadian malam raya. Adik2 main bunga api and I sempat snap. Hihi
Open house run smoothly walaupun terkocoh2 sikit sebab semua masak sendiri and hidang sendiri. Pagi2 raya baru nak hidang and bancuh air semua. Makanan alhamdulillah habis licin kecuali Nasi Impit. Ha kalau ada nasi impit lebih, and tak tahu nak makan dengan apa, or bosan makan nasi impit dengan rendang ape semua, boleh la try buat Lontong Goreng. Sodap baq ang! Hihi
Meh I share resipi bagi yang tak tahu. Senang sangat buat. Lebih kurang macam nak masak bihun goreng aje. And resipi ni ikot selera tekak I. hehe

Resipi Lontong Goreng Sedap Baq Hang

- 1 Mangkuk Nasi Impit dipotong dadu (Jgn potong tebal sgt)
- 3-4 Senduk Cili kisar**  (Agak2 cukup ikut banyak nasi impit) 
- 1 Pek kecil Fishcakes & Fishball (Kalau tak suka tak payah)
- Ayam/daging kisar
- 3 biji bawang merah**
- 2 ulas bawang putih**
- 1 biji bawang besar (dimayang/ potong dadu)
- 1/2 inci halia**
- 3 sudu besar Sos tiram
- 2 sudu besar Sos Cili
- 2 sudu besar Sos tomato
- 3 sudu besar Kicap
- 2-4 biji Telur
- Gula & Garam secukupnya
- 1 Mangkuk kecil Kubis (optional)
- Air asam jawa
- Daun sup & daun bawang (asingkan batang dan daun)
- Cili merah (hiasan)
- Bawang Goreng
- Minyak secukupnya

Cara-caranya:
1) Blend semua yang bertanda **
2) Panaskan minyak dan tumis Bawang Besar yang telah dipotong dadu/dimayang halus. Bila dah wangi boleh masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak.
3) Masukkan Air Asam Jawa, Gula dan Garam scukupnya. Masukkan Sos Tiram, Sos Cili, Sos Tomato, Kicap dan kacau sebati.
4) Masukkan Ayam/Daging Kisar, Kubis, Fishcake, Fishball, dan Batang daun sup. Kacau sebati. Kalau rasa terlalu kering, tambah sedikit air sahaja.
5) Masukkan Nasi Impit gaul rata. Kemudian masukkan telur. Kacau sentiasa dan kalau boleh masak sampai betul2 kering. Boleh masukkan bawang goreng sekali atau letak bawang goreng sebagai hiasan ketika sudah siap masak.
6) Taburkan daun sup dan bawang goreng diatas. Siap!




Ha, Senang je kan? Sama je macam nak masak bihun goreng tapi bezanya guna nasi impit. Sedap sgt tau! Kalau yang tak pernah makan tu, boleh la try kot2 la ada lebihan nasi impit kt rumah tu. Supaya tak membazir nasi impit tu nanti. Okay lah, cukup takat tu dulu. See u on my next entry. Selamat Hari Raya semua! Maaf zahir batin. 😉

Thursday, 15 June 2017

Kerja Di Syarikat Scammer?? Hati-hati!


Assalamualaikum and salam ramadhan semua.

Tengok title pun rasanya dah faham kot entry ni adalah serious. Fyi, sy baru habis belajar and currently doing nothing at home while waiting for my convocation which will be in this year tapi tak tahu bila. So, sementara nak menunggu convo yang tak kunjung tiba tu, ingatkan nak cari kerja la kan. At least takde la mengulor je kat rumah ni ha and dapat jugak experience kan. Macam-macam kerja I apply and tiba2 ter-apply kat satu company ni.
Mula2 tak syak apa2 pun. Lepas tu apply jela. And then tiba2 dapat email mcm ni,

Ini email dari pihak Cik Bella tu yang berbunyi cmni:
"Thank you because you are interested to join our company...... and with my pleasure please contact me by whatsApp at this no Ms Bella 01296xxxxx and i will feedback to you as soon as possible to set an interview appoinment..... Tq"

Bila dapat je email ni terus rasa pelik. Sebab,
1) Cara dia tulis tu tak nampak mcm professional langsung.
2) Tak pernah mana-mana company suruh candidate yang WHATSAPP untuk interview or apa. Selalunya company kecik sekalipun diorang yang akan call kita. Sebab nombor handfon ape semua dah include dalam resume kan.

Dan seterusnya, I pun whatsapp la Cik Bella tu. Dan berikut adalah conversation kami dalam whatsapp tu (Ignore my broken English. lol);




Shes definitely pissed off and she blocked me after that. hahahah. Memang I agak mcm kurang ajar sikit but seriously, I rasa geram dengan orang kerja menipu macam ni. I am very sure ramai yang terpedaya and tertipu. Best ke eh kerja menipu ni? Berkat ke rezeki menipu bagi family makan? Sumpah tak faham. And serious guys, Royal Index tu company macam pelaburan. Iols pn tak faham sangat mcm mana company tu sebenarnya. Tapi iols dengan rajinnya google "Royal Index Scam" dan jumpa lah post yang ni. Btw, Royal Index tu mcm sama dengan Pbc Sdn Bhd or Pentagon Business Centre. Sila baca dan hadam betul2.

Yang ni yang first;




Yang ni yang second, orang lain pulak;





Scary kot. Company2 scam ni banyak je dekat web cari kerja semua tu. Target company2 mcm ni adalah FRESH GRAD sbb budak2 fresh macam ni terdesak cari kerja and sebab nak cari pengalaman kerja. Dan Fresh Grad sekalian JANGAN TERMAKAN HASUTAN GAJI TINGGI sebab biasanya company2 scam ni dorg akan letak gaji tinggi2 sebab nak tarik candidates jer. So kalau tengok gaji tinggi2 tapi tak memerlukan pengalaman kerja tu, better check dulu background company. Copy je nama company tu and paste je kt Google Search. Lepas tu cari adress dia, official website dia ke ape yang patut.

So sebagai pengajaran untuk diri sendiri dan semua umat manusia yang sedang dan akan mencari pekerjaan, WAJIB GOOGLE BACKGROUND COMPANY BEFORE APPLY FOR ANY JOB!

Cukup la untuk entry kali ni. Kalau ada siapa2 pernah terkena boleh share pengalaman untuk dijadikan iktibar ye anak2. Da nak berbuka dah ni, see you on next entry. Bye Assalamualaikum. Selamat berbuka puasa! 😋

Tuesday, 13 June 2017

Braces Story-mory #3 (Progress)

Assalamualikum and hi! Harapnya semua sihat2 belaka dibulan romadon ni. So, we are half way through fasting month and dah boleh start countdown for raya dah ni. hehe. Baju raya dah beli? Kuih raya dah siap? Mcm iols baju raya smpai lani tak siap2 lagi. Padahal hantar tempah bulan Januari. Tak tahu pesen ape jahit lama benor berbulan2. Jangan nnt time raya baju tak siap sudah. Sobs :'(

Okay, sebelum tu, siapa yang nak tahu Q&A about braces mcm harga & klinik mana all that boleh tengok Braces Story-mory #2 So for this entry, kite nk cerita pasal progress gigi lepas 6 bulan braces ni as stated in Braces Story-mory #2. But before that, meh kite kaji parts of braces and its function.


Gambor ambil kt google aje sbb iols malas bonar nk menaip. ehhehe. Jadi la tu ade jugak daripada takde kan. Kalau type panjang2 pun bukan korang baca pun. heheh. Kalau nk lebih faham, google aje ye anak2. Semua dihujung jari. Giteww. Hihi

So inilah saat yang ditunggu2. Gambo progress gigi iols. As for me, den tak ambil gambar gigi every months sbb takkan nampak beza sgt pun. So Iols akan selang sebulan. And lepas tu baru compare gambar tengok apa perubahan gigi iols.

AMARAN: Siapa geli jangan tengok gambar ni.
Warning siap2 sebab ada setengah orang tak boleh tengok gambar gigi sebab rasa nak muntah la ape la. Ya, its gross I know.

Front view

Upper

Bottom

My teeth was over-crowded and itu yang menyebabkan gigi berlapis sebab tak cukup ruang. And untuk bagi ruang gigi bergerak, 7 batang gigi telah dikorbankan and that was the result until june 2017.

Masih xperfect lagi walaupun dah masuk 6 bulan pakai braces ni (Start pakai braces on Januari 2017). Tapi iols dah nampak gigi makin straight and to be honest, I am more confident to smile wide. Yelah sebelum ni gigi teraboq nak senyum pun malu sebab org tengok gigi. Thanks to my dentist Dr Siti Maisarah! And lg satu, dulu plaque / karang gigi selalu berkumpul kat celah gigi berlapis tu. kalau tengok gambar yg gigi bottom tu bulan Feb, nampak jelas plaque tu. Tapi sekarang sudah tiada lagi sebab gosok gigi dah makin senang sebab dah straight sikit. Yeayyy!

Kalau orang tanya aku kenapa pakai braces, I have 3 reasons for it:
1) Oral health.
Yelah gigi berlapis ni macam2 'disease' boleh muncul contohnya caries gigi and plaque tu. And gosok gigi pun susah sebab lapis2.

2) Confidence.
Secara jujurnya, aku jadi tak confident sebab gigi berterabur 😭. Nak bercakap and senyum depan ramai orang pun jadi segan. And lagi satu sebab utama adalah kawan2 suka bergurau pasal gigi terabur aku. :')  Dear kawan2, if you're reading this, I want you to know that making fun of my crooked teeth is not fun at all. Korang lah punca aku tak confident selama ni. Terima kasih kawan2 :')

3) Beauty.
Kecantikan n wanita takkan boleh dipisahkan. Yes, aku pun nak senyum cantik macam orang lain. And aku suka berangan nak gigi straight masa kahwin. Sebab kan selalu org kawin ada photoshoot semua tu. Aku nak gambar tu nanti cantik sebab aku nak senyum nampak gigi. Sebelum ni kalau bergambor tak pernah tunjuk gigi sebab tak lawo. Hihi 😝

So, thats it! Lepasni insyallah akan update progress lagi untuk bulan2 akan datang. Cukup la tu kot untuk entry kali ni. Insyallah ketemu lagi di enrty akan datang kalau iols rajin nk type. hehehe. Byeee. Assalamualaikum. Selamat berbuka puasa nanti! 😃

Monday, 22 May 2017

Braces Story-mory #2


Assalamualikum and hi...
So as promised before, ini adalah sambungan story-mory pasal braces haritu. So kalau ada yang terlepas post Story-mory #1 haritu, boleh la tengok yang tu dulu. hehe.
So harini nak cerita pasal kat mana iols buat braces.

AMARAN: Entry ini panjang. hehe

Aku buat braces dekat Faculty of Dentistry UITM Sungai Buloh. Sebab aku pilih untuk buat kt situ aku pun tak tahu. hehe.

So "macam mana nak daftar untuk buat braces?"
Korang kena pergi kt UITM Sg Buloh tu. Faculty tu dekat belah kanan. So, Lepas je pondok guard tu, belok kanan. And korang nampak bangunan sebeso alam yg bwh ni.



Lepas tu cari ler parking. Biasenye bab cari parking ni paling sakit otak skali. Selalunya kalau appointmnt aku pukul 9.30pagi, pukul 8.30pagi aku dah muncul kt sini sebab nk rebut parking. Lepas tu lepak la kt cafe Tree For kt dalam bangunan tu. Tapi sekali je kot lepak situ. mahal nak mati. eheheh. Selalunya drive thru Mcd pastu makan dalam kete je sementara menunggu. hehe

Lepas tu, korang masuk aje pintu ni


And itu la mcm mana ghope dalam faculty tu. Ha tu nampak cafe Tree For tu yang aku ckp tadi. Okay so lepas masuk, Pegi amik nombor dekat bawah tv kt hujung nun tu. Lepas tu daftar and cakap nak buat braces kt sini.
Lepas register, dia akan bagi kad kuning. Kad temujanji ye kawan2. Bukan kad kuning yang bola tu. luls. Oh lupa, Register kena bayor RM2 kalau tak silap.

Lepas tu ikot jela instruction encik kaunter tu. Rasanya lepas tu terus kena masuk ke dalam bilik ape tah xingat utk check ngn doctor pasal condition gigi kita. Lepas check tu, Doctor tu cakap aku ni 'qualified' utk pakai braces kt sini memandangkan gigi aku pun teraboq and berlapis.
Kalau yang gigi tak brapa teruk tu tak tahu la dorg ambil ke tak. So itu la ghope kad kuning tu.


Lepas daftar ni, korang dah boleh balik and korang akan dimasukkan dalam 'waiting list' and kena tunggu and tunggu and tunggu and tunggu sampai tua. okay tak lawak. hehe. Basically, ape yang korang kena buat is banyak-banyakkan besabor sampailah dipanggil. Sebab? Sebab klinik yang ramai umat manusia mcm ni memang kena menunggu lama. Kalau kes aku ni, aku register 22 Dec 2015. Lepas tu 6 Oct 2016 baru dia(doctor) panggil(call). Ha, lame kan??? So sape nk buat braces tu, pegi je register awal2. Sambil tunggu tu boleh la keje or kumpul duit utk buat braces.

So lepas dpt call tu, set appoinmnt. And masa appointmnt mula2 tu doctor akan ambil gamba gigi kita dulu. Dia akan suruh kau sengih la tutup mulut la. Rasa macam retis punya photoshoot pun ada. Perasan.  hihi. Lepastu, pegi x-ray utk tengok kedudukan gigi and check kot2 ada gigi menyorok(tak keluar) dalam gusi mcm aku. Kemudian dia ambil acuan gigi kita (mould). Benda ni paling aku xsuka sebab aku gag. Sampai berjejeh ayaq lioq nk tahan muntah punya pasai. heheh. So lepas tu boleh la pulang ke home sweet home and tunggu la next appoinment. So, next question,

"Mahal tak buat braces?" Berapa kos buat braces?"

Kos buat braces aku dalam RM3000++. Yang ni aku rasa antara yang murah dari klinik2 pergigian kt luar tu. Sebab banyak aku survey semua mahal dari yang ni. Tapi jangan risau, korang takkan kena bayor sedebuk 3k terus (mana2 klinik pun macam ni biasanya). Deposit RM1000 tapi bayar dua kali. Masa doc pasang braces mula2 tu, bayar RM500. Lepas tu, next visit, lagi RM500. Lepas tu setiap kali visit yang akan datang bayar RM100 sahaja sampai lah habis.

Macam kes aku panjang sikit sbb kena cabut gigi banyak and aku ni sejenis manusia yang takut sangat dengan dentist and takut cabut gigi. So, memandangkan condition aku yang penakut ni, doctor pakar mencadangkan agar aku cabut gigi 7 batang skali gus dengan bius penuh. Means aku ditidurkan and mereka cabut gigi2 tersebut. Yang ni kosnye lain pulak. Sebab kena masuk wad sehari sebelum surgery. So total surgery dengan wad skali adalah RM431.95. So, inilah gigi2 tersebut yang terpaksa dikorbankan untuk memberi ruang yang cukup utk dptkan senyuman yang menawan. Beauty is pain. Kan? :') 


Lepas surgery, memang bubur jelah seminggu dua sbb ade yang berjahit. Pedih dia tu hanya mampu tersenyum sambil berangan gigi yang cantik lepas pakai braces nanti. Well, beauty is pain. Nak gigi cantik punya pasal, hadap jela sakit. Time ni, kalau ada sape2 buat lawak depan aku, rasa macam nak bagi penampo sedas dua sebab nak senyum pun payah, apetah lagi nk gelak. Pernah gelak lepastu tempat yang jahit tu keluor darah. adehh. So move to next question,

"Sakit tak pakai braces"

Okay pasal sakit ni, sebelum pakai braces, aku kena pakai 'spacer'. Untuk mereka yang tak tahu, tengok gamba bawah ni.


Ha benda (spacer) tu diselit celah gigi untuk jarakkan sikit gigi tu biasanya utk letak molar band kalau tak salah namanya. Pendapat aku, pakai spacer ni lagi sakit pakai dari braces. Sebab aku langsung tak boleh gigit or kunyah apa2 makanan. Gigi semua rasa macam nk luruh. Serious tak tipu. Time ni memang bubur jela 24jam selama seminggu dua. Sampai 1 tahap aku rasa menyampah tengok bubur and bau bubur pun aku dah loya. haha.

So, pakai braces ni bagi aku tak sakit mana pun sebab bagi aku spacer lagi sakit. Just rasa mcm gigi tu lembik (susah nak bite down makanan or putuskan makanan) and kadang2 rase mcm ade rase gatal2 kt gigi. Ke mcm mana tah. hahah Tak reti nk explain mcm mana. Tapi hari kedua pakai braces aku dah bedal Burger King. Kau rase?? hahah. Tp tulah, lain orang, lain pendapat and lain rasa sakitnya. Ade orang pakai braces, sakit teruk sampai bubur aje straight seminggu. Ade orang yang kebal mcm aku ni, tak rasa sakit mana pun and boleh melantak ape aje. Hehe.

Jadi, dah terjawab kan soalan2 itew? Kalau korang ada soalan apa2 berkaitan braces boleh la tanya kita, kalau kita tahu, kita jawabkan. hehe. Cukup lah tu kot. Sambung kat next entry pulak. Lepasni boleh tunjuk progress gigi kot. So, see u on my next post. Night. :)

Saturday, 20 May 2017

Braces Story-mory #1


Assalamualaikum and hi...

So as I mentioned in previous post, blog entry kali ni nak cerita pasal braces. Actually pasal braces journey aku. heheh.
Tapi memandangkan ramai lagi yang tak tahu "macam mana nak pakai braces?" "Kat mana buat braces?" "Mahal tak?" "Sakit ke tak?" So aku rasa patut aku bukak cerita pasal braces ni.
 So marilah mentela'ah jawapannya disini:

1)  "Macam mana nak pakai Braces?" & "Kat mana buat braces?"
Pegi Klinik Pergigian.
Macam aku, aku pegi buat braces kt UITM Sungai Buloh. (Nanti aku cite panjang cemana nk buat braces kt situ, and segala mak nenek yang korang kena tahu.)
Aku TAK suggest korang pegi dekat "Dentist" Instagram or "Dentist" online ni.
Sebab apa? Diorang BUKAN PAKAR ORTHODONTIC.
Kalau aku nk explain pn payah jugak sbb aku pun bukan dentist. Tapi baca la bawah ni ape sebabnya


      HA! Paham ke tidak? So bukan calang2 orang yang boleh pasang braces ni. Banyak risiko tau kalau pasang braces dengan orang yang tak bertauliah ni. Tak kesah la nama dia "Original braces" ke, "Real Braces" ke, kalau orang tu buat kt hotel, or rumah tu, memang "Dentist" yang tak bertauliah la tu. 

2) "Mahal tak kos buat Braces?"
Hmm soalan ni yang paling famous kot. Takde benda yang murah dalam ni dunia ni diknon. Masuk jamban kt chowkit pn kena bayo. ok takde kena mengena, hehe. Pendapat aku la, ini yang jadi salah satu punca kenapa ramai sangat budak2 sekarang pilih "Dentist Online" & "Dentist Insta".
 
 Sejujurnya, aku pun pernah terlintas nk pakai braces dengan "Dentist Online" & "Dentist Insta" ni. Tapi nasib baik banyak buat research (google + Youtube) sebelum bertindak. Mana tak nya, Setiap klinik Destist yang aku tanya, harga braces paling cikai pun (setakat yang aku jumpa la) RM3000 tu pun tak termasuk surgery (jika perlu) and x-ray. Lagi pulak, gigi aku ni jenis terabur and berlapis. Harga kena tambah untuk cabut gigi lagi. Sebatang gigi dah brapa puluh ringgit. Fuhh. Berpeluh jugak dengar dentist sebut pasal harga tu masa mula2 dulu.

Lama jugak aku pikir pasal ni (berbulan2). Kalau pakai kt dentist, bapak ah mahal. Kalau pakai ngn "Dentist Online" & "Dentist Insta" ni murah, Tapi tak sanggup tanggung risiko gigi lagi jahanam. Setelah beristikharah(menipu sangat) dan berbincang dengan kedua orang tuaku yang dicintai sampai mati, aku pilih buat braces dengan Dentist yang bertauliah which is aku buat kt UITM. Pasal buat braces kt situ nanti aku kabo lain kt entry lain okeh?

3) "Sakit tak pakai Braces?"
Kalau aku cakap tak sakit kang kome cakap aku tipu. hehe. Sebab aku kena cabut 7 batang gigi (YESS TUJUH BATANG), termasuk 2 batang gigi geraham bongsu aka wisdom tooth, termasuk 1 batang gigi kecik yang kena minor surgery sebab beliau terletak di dalam gusi. So aku rasa, banyak sakit sebab ade yang berjahit. hheheh. Tapi pakai braces takde la sakit sangat macam kes cabut gigi aku ni. Xnak caye sudah. hehe. Pasal sakit ni nanti akan disambung kt entry lain okay? Cramp jari menaip. Maklum la dah bertahun dah tak main type2 kt blog ni. hehehe.
So, tu jela kot utk entry kali ni. See you on my next entry! nanti kite cite panjaaaaaaaaaang lagi.
Bye! :)

P/S: Kalau ada soalan apa2 pasal braces, tanye jela. Kalau kite tahu, kite jawab. hiihi

New blogger??

Salam and hi!
First of all, this is not my first blog as I have 2 blogs before but I have problems with those blogs that  makes me wanna start fresh with new blog. hmmm.. Quite sad as I have to find new 'friends' here. Sobs :'(

As for this new blog, I'm going to share about my braces journey. Well, kalau takde sape interested pun, it will be like my personal diary la kan. Sendiri tulis, sendiri baca. hahah sedih! Takpelah slow2.
Malas nak type panjang. So see you on my next post about my braces. :)

Lontong Goreng from Leftover Nasi Impit Recipe

Assalamualaikum and hi! Hows your raya going? Banyok dapat duit raya tak? Iols alhamdulillah masih dapat sebab belum kerja. hihi. Kepada ya...