Friday 30 June 2017

Lontong Goreng from Leftover Nasi Impit Recipe

Assalamualaikum and hi!
Hows your raya going? Banyok dapat duit raya tak? Iols alhamdulillah masih dapat sebab belum kerja. hihi. Kepada yang bekerja, selamat bekerja kembali. Kepada yang still bercuti, enjoy la sepuas2nya cuti tu. And kepada yang takde kerja lg mcm iols ni, selamat mereput kt rumah kembali. 😂
So, raya haritu I buat open house. Dalam family I and kawan2 I semua tahu dah kalau raya Aidilfitri, rumah I hanya open on 1st Syawal je. Kenapa? Sebab memang dari dulu, dari I kecik2 lg dah buat mcm tu. Open house 1st Syawal jer. Hari lain turn kitorg pulak beraya sakan rumah orang lain. Hehe.

Gambar kejadian malam raya. Adik2 main bunga api and I sempat snap. Hihi
Open house run smoothly walaupun terkocoh2 sikit sebab semua masak sendiri and hidang sendiri. Pagi2 raya baru nak hidang and bancuh air semua. Makanan alhamdulillah habis licin kecuali Nasi Impit. Ha kalau ada nasi impit lebih, and tak tahu nak makan dengan apa, or bosan makan nasi impit dengan rendang ape semua, boleh la try buat Lontong Goreng. Sodap baq ang! Hihi
Meh I share resipi bagi yang tak tahu. Senang sangat buat. Lebih kurang macam nak masak bihun goreng aje. And resipi ni ikot selera tekak I. hehe

Resipi Lontong Goreng Sedap Baq Hang

- 1 Mangkuk Nasi Impit dipotong dadu (Jgn potong tebal sgt)
- 3-4 Senduk Cili kisar**  (Agak2 cukup ikut banyak nasi impit) 
- 1 Pek kecil Fishcakes & Fishball (Kalau tak suka tak payah)
- Ayam/daging kisar
- 3 biji bawang merah**
- 2 ulas bawang putih**
- 1 biji bawang besar (dimayang/ potong dadu)
- 1/2 inci halia**
- 3 sudu besar Sos tiram
- 2 sudu besar Sos Cili
- 2 sudu besar Sos tomato
- 3 sudu besar Kicap
- 2-4 biji Telur
- Gula & Garam secukupnya
- 1 Mangkuk kecil Kubis (optional)
- Air asam jawa
- Daun sup & daun bawang (asingkan batang dan daun)
- Cili merah (hiasan)
- Bawang Goreng
- Minyak secukupnya

Cara-caranya:
1) Blend semua yang bertanda **
2) Panaskan minyak dan tumis Bawang Besar yang telah dipotong dadu/dimayang halus. Bila dah wangi boleh masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak.
3) Masukkan Air Asam Jawa, Gula dan Garam scukupnya. Masukkan Sos Tiram, Sos Cili, Sos Tomato, Kicap dan kacau sebati.
4) Masukkan Ayam/Daging Kisar, Kubis, Fishcake, Fishball, dan Batang daun sup. Kacau sebati. Kalau rasa terlalu kering, tambah sedikit air sahaja.
5) Masukkan Nasi Impit gaul rata. Kemudian masukkan telur. Kacau sentiasa dan kalau boleh masak sampai betul2 kering. Boleh masukkan bawang goreng sekali atau letak bawang goreng sebagai hiasan ketika sudah siap masak.
6) Taburkan daun sup dan bawang goreng diatas. Siap!




Ha, Senang je kan? Sama je macam nak masak bihun goreng tapi bezanya guna nasi impit. Sedap sgt tau! Kalau yang tak pernah makan tu, boleh la try kot2 la ada lebihan nasi impit kt rumah tu. Supaya tak membazir nasi impit tu nanti. Okay lah, cukup takat tu dulu. See u on my next entry. Selamat Hari Raya semua! Maaf zahir batin. 😉

8 comments:

Lontong Goreng from Leftover Nasi Impit Recipe

Assalamualaikum and hi! Hows your raya going? Banyok dapat duit raya tak? Iols alhamdulillah masih dapat sebab belum kerja. hihi. Kepada ya...